Khamis, 26 Mei 2011

Hari Terbuka Sekolah

Samada disebut hari terbuka, hari bertemu pelanggan, hari penyerahan kad laporan prestasi murid dll, ia adalah satu hari yang amat berguna dan berharga bagi semua pihak samada guru, ibubapa/penjaga dan murid. Pada hari inilah guru-guru terutamanya guru kelas akan menyampaikan makluman tentang kemajuan setiap murid yang diajar kepada para penjaga. Apa kekuatan yang ada pada anak didiknya itu, kelemahan dan peluang yang ada. Ibubapa dan penjaga juga boleh memanafaatkan saat tersebut untuk meluahkan rasa, pendapat, harapan dan mengambil tahu keadaan pembelajaraan anak-anak mereka di sekolah. Mereka boleh berbincang cara atau tips yang bersesuaian untuk perkembangan dan pengukuhan anak-anak dalam perjuangan menimba ilmu pengetahuan. Dari sudut murid itu sendiri, hari terbuka sekolah boleh menjadi satu wadah untuk mereka melangkah lebih maju dalam pelajaran, dengan wujudnya interaksi antara dua pihak yang akan mencorak perjalanan masa depan mereka. Dengan kata lain, manfaatkanlah hari terbuka dengan menghadirkan diri bagi kepentingan masa depan anak-anak kita untuk mencorak masa depan negara.

2 ulasan:

  1. Wah nampak ada sedikit perubahan dalam blog...teruskan..

    BalasPadam
  2. Terima kasih... akan cuba lebih lagi.

    BalasPadam